seismik

Syed Saddiq Cipta Sejarah! Undi 18 Lulus Dan Malaysia Bakal Dapat 7.8 Juta Pengundi Baru

Tahniah YB!

Cover image via Parlimen Malaysia

Sejarah baru tercipta di Malaysia!

Semalam 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu memperoleh masing-masing sokongan 211 daripada 222 ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagi dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Kerajaan menjangkakan seramai 7.8 juta pengundi baru akan dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih menjelang 2023

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sehubungan itu juga, kerajaan menganggarkan jumlah pengundi pada tahun 2023 akan meningkat lebih daripada 50 peratus menjadikan jumlah pengundi sekitar 22.7 juta berbanding 14.9 juta pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Kelulusan ini merupakan satu kemenangan buat Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang bertanggungjawab membawa usul itu ke Dewan Rakyat

Memetik laporan Malaysiakini, Syed Saddiq menyifatkan kelulusan itu sebagai kemenangan bersama semua pihak.

“Saya rasa hari ini hari bersejarah. Saya selalu tekankan ini kemenangan bersama. Kemenangan ini tidak hanya berpihak kepada PH, Umno, BN, GPS, PAS, tapi saya rasa ini kemenangan bagi anak muda secara keseluruhan.

“Saya harap bahawa (sikap) bipartisan ini akan diteruskan. Dalam politik memang kita akan berbeza pendapat tapi tak bermaksud kita akan bermusuhan sehingga tak boleh bekerjasama.

“Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua. Alhamdulillah kita dapat laksanakan bersama,” katanya.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Nibong Tebal, Yaakob Osman memuji kualiti kepimpinan Syed Saddiq kerana menurutnya, bukan mudah untuk mendapatkan undian 2/3 majoriti

Menerusi Facebook, Yaakob Osman berkata pendekatan 'no nonsense' yang digunakan oleh Syed Saddiq itu yang banyak menyumbang kepada 211 undi untuk RUU tersebut.

Yaakob juga berkata Syed Saddiq meletakkan reputasi beliau di atas garisan apabila dia perlu bertemu dengan semua orang bagi meyakinkan mereka tentang cadangan ini, termasuk Najib.

Malah, suara-suara di media sosial juga kebanyakannya membangkang dan tidak setuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Syed Saddiq.

"Tetapi dia tetap tidak mengalah"

Banyak lagi kisah kejayaan dan penat lelah Syed Saddiq dikongsikan oleh Yaakob Osman. Baca status penuh di bawah:

Kenapa Undi 18 ini penting? Syed Saddiq bahaskan semuanya di sini:

Tahniah YB!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi tentang Syed Saddiq:

You may be interested in: