Syok Layan Pemandangan, Tak Pasal-Pasal Mazda CX5 Ini Hampir Hanyut Dalam Laut Di Johor
Aduh, kereta mahal tu.
Tidak dinafikan, memang seronok bila sekali sekala kita melihat pemandangan pantai dengan hanya duduk di dalam kereta
Sambil layan view, bolehlah menonton movie atau makan di dalam kereta bersama kawan-kawan dan keluarga.
Namun, lain pula yang terjadi kepada tiga orang individu ini apabila kenderaan mereka ditenggelami air dan hampir hanyut dibawa air laut di Johor telah mencuri perhatian ramai.
Lihat posting penuh di bawah:
Terleka layan pemandangan sampai tak perasan air laut tengah pasang
Menerusi perkongsian posting daripada akaun Facebook milik Polis Balai Kuala Sedili, kelihatan kenderaan itu sudah ditenggelami air laut sehingga tidak dapat bergerak keluar.
Menurut sumber, kereta Mazda CX5 itu tiba-tiba tenggelam kerana tidak sedar air laut sedang pasang ketika itu. Ketiga-tiga individu sedang bersiar-siar sambil menikmati pemandangan pantai.
Kebetulan, mereka pula kurang pengalaman mengenai laut. Mujur tindakan dan usaha oleh pihak polis telah dijalankan bagi mengelak kenderaan tersebut dari terus ditenggelami air dan dihanyutkan ke dalam laut.
Akhirnya, kereta itu berjaya ditarik keluar dengan menggunakan kenderaan jenis 4×4 dan semua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
"Kesian, tapi kelakar juga. Lain macam owner punya healing ni" - Netizen*
Ikutan tularnya posting berkenaan yang kini telah mendapat 767 likes, 529 comments dan 242 shares, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai situasi itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
Image via Polis Balai Kuala Sedili (Facebook)
Lepas ni kena hati-hati guys kalau datang ke pantai tu. Parking jauh sikit ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment