seismik

"No One Perfect" - Dulu Kawan Baik Dengan Mak Nyah, Akhirnya Kini Bertemu Jodoh Jadi Suami

Tak ada yang mustahil kan dalam hidup ni?

Cover image via @moramoka888 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai manusia, kita memang tidak akan pernah lari dari melakukan dosa

Tiada siapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Walaupun banyak kekhilafan dalam diri, sentiasalah ingat Allah SWT supaya kita tidak sesat jauh dari jalanNya.

Baru-baru ini, sebuah kisah percintaan antara 'mak nyah' dan kawan baiknya telah mencuri tumpuan ramai di laman TikTok selepas dia kembali kepada fitrah asal.

Lihat video penuh itu di bawah:

@moramoka888

There's no one perfect. It's how you accept the imperfections that makes it perfect

original sound - ®

From pondan bestie to forever husband, ramai minta cerita kisah cinta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @moramoka888, kelihatan lelaki itu berkongsi perjalanan kisah cinta dengan kawan baiknya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pada asalnya, dia merupakan seorang mak nyah dan mempunyai seorang kawan baik perempuan.

Namun, hatinya telah terjentik untuk kembali kepada fitrah asalnya iaitu menjadi lelaki sejati. Lebih mencuri tumpuan, rupa-rupanya mereka berdua bercinta dan kini sudah bergelar suami isteri yang sah.

"Spill the tea please, boleh buat novel ni" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 2.2M views, 235.4K likes dan 40.9K shares di TikTok, rata-rata warganet turut kagum melihat perubahan dirinya dan meminta agar dia menceritakan bagaimana penghijrahannya bermula.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alhamdulillah, bangga tengok perubahan dia. Semoga terus istiqomah dan bahagia dengan isteri tercinta! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: