seismik

[VIDEO] Panggil Budak Muda 'Pak Cik', Rakaman Social Experiment Ini Bikin Ramai Terhibur

Masing-masing tak boleh terima nampaknya.

Cover image via @zacharychiah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesetengah individu tidak gemar apabila orang tidak dikenali memanggil mereka dengan gelaran yang lebih tua

Kebiasaannya, orang perempuan yang akan ada isu seperti ini. Contohnya, ada stranger tiba-tiba memanggil mereka 'akak' atau mak cik'. Boleh berubah mood seharian kadang-kadang.

Kali ini, berbeza pula dengan sebuah video memaparkan seorang gadis membuat social experiment kepada budak lelaki muda dengan memanggil mereka 'pak cik' telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tanya tandas dekat mana dan cakap terima kasih pak cik, ramai yang terkejut

Menerusi perkongsian video daripada @zacharychiah, kelihatan gadis bertudung kelabu itu menegur beberapa pemuda yang tidak dikenalinya di tempat awam.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila reaksi mereka kebanyakannya terkejut selepas gadis itu memanggil mereka 'pak cik'.

"Nak tanya, tandas dekat mana. Okay, thank you pak cik," katanya.

Ada yang seperti tidak percaya mereka dipanggil gelaran pak cik. Malah, ada yang sempat memusingkan kepala sambil bertanya "pak cik? kenapa tak tengok betul-betul?".

"Orang panggil akak pun aku koyak. Yang last tu tak puas hati haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2.1M tontonan, 309.5K tanda suka serta 13.5K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda-pemuda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adik yang last tu betul-betul marah nampaknya bila orang panggil dia pak cik :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: