seismik

Gadis Cuba 'Flip' Daging Di Sukiya, Tapi Reaksi Akak Meja Belakang Pula Tarik Perhatian

Terhibur betul akak belakang tu. Haha.

Cover image via @zekkentzy_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika ingin berkumpul dan makan beramai-ramai dengan kawan, sudah pasti kita akan memilih restoran steamboat bukan?

Iyalah, selain dari pelbagai jenis makanan yang ada, kita juga boleh berkongsi makanan buffet yang ada dengan kawan-kawan.

Salah satu restoran steamboat yang popular di Malaysia adalah Sukiya. Ia terkenal dengan kepingan daging yang nipis serta menyelerakan. Cara nak makannya pula, ramai akan memusingkan daging itu menggunakan chopstick.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang gadis tidak berjaya memusingkan dagingnya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak berjaya flip daging, akak meja belakang pula sakan gelak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zekkentzy_, kelihatan gadis tu sedang menikmati steamboat di Sukiya bersama kawan-kawannya.

Kebetulan, kawannya merakam aksi gadis tersebut cuba memusingkan daging menggunakan chopsticknya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia tidak berjaya memusingkan daging tersebut dan ia terlekat di tangannya. Kawan-kawannya pula tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat gadis itu.

Lebih mencuri perhatian, sekumpulan wanita di meja belakang mereka turut menyaksikan kejadian lucu itu dan salah seorang daripada mereka juga tergelak.

"Nasib baik tak melekat di dinding. Haha terhibur tengok mak cik belakang tu" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 2.3M views, 151.3K likes dan 8.7K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat gadis dan wanita di meja belakang mereka itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan main ya akak meja belakang tu, teruja betul dia perhati meja lain :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: