seismik

[VIDEO] Mat Rempit Kena Bahan, Baru Nak 'Payung' Wheelie Sekali Lain Pula Yang Jadi

Sakit dapat, malu pun dapat.

Cover image via @m_riyazudin (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tabiat menunggang motosikal secara berbahaya bukanlah satu perkara yang baru di Malaysia

Malah, sehingga hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku. Perlumbaan secara haram juga masih ada di mana-mana.

Segelintir penunggang motosikal gemar menayang aksi berani mereka di jalan raya konon mahu tunjuk hebat. Padahal, ia sangat membahayakan nyawa orang lain.

Lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila aksi seorang 'mat rempit' cuba membuat wheelie tetapi bertukar insiden memalukan telah mencur tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak 'payung' wheelie, sekali jatuh motor depan orang ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @m_riyazudin, kelihatan sekumpulan penunggang motor dilihat berhenti di sebuah lampu isyarat sebelum bertukar hijau.

Pada masa yang sama, geng motosikal itu juga membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat sambil disorak orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan berhampiran.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja lampur merah bertukar hijau, salah seorang daripada mereka tiba-tiba melakukan aksi wheelie. 

Namun, nasibnya tidak baik apabila dia gagal mengawal motornya sehingga menyebabkan dia jatuh tergolek di atas jalan raya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 131.2K views, 7.7K likes dan 1K shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut membahan mat rempit itu dan berseloroh mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Itulah, lain kali jangan yakin sangat bang. Kan dah sakit tu :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: