seismik

Tengah Buat Live Makan, Gadis Ini Excited Nampak Datuk Lee Chong Wei Siap Ajak Bergambar

Sporting Datuk Lee Chong Wei layan masuk live sekali.

Cover image via @ehsapikahlah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak mengidolakan bekas juara badminton terkenal negara, Datuk Lee Chong Wei bukan?

Kalau dapat jumpa dengan beliau depan mata, memang automatik kita akan ajak bergambar sebagai kenangan dengan insan yang hebat itu.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang gadis sedang membuat live di TikTok dan ternampak Datuk Lee Chong Wei telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ehsapikahlah Yang tengok Live haritu je tau gelabah macam mana piqa time ni simpan sini untuk kenangan! #leechongwei #syafiqahhamidun Heartwarming weakness system "3 minutes cooking song"(941517) -

Tengah makan sambil buat live, sekali teruja bila nampak Datuk Lee Chong Wei dekat meja depan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ehsapikahlah, kelihatan gadis itu sedang makan di sebuah restoran dalam pusat beli-belah sambil borak dengan followersnya di live TikTok.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila tiba-tiba dia ternampak Datuk Lee Chong Wei sedang makan di depan mejanya.

Lebih menarik perhatian, dia cuba memberanikan diri untuk menyapa Datuk Lee Chong Wei dan mengajaknya bergambar. Datuk Lee Chong Wei pula bersikap sangat humble dan siap melambai ke arah kamera.

"Aku pun sama naik excited dengan kau dik. Aura sampai eh. Haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M tontonan, 144.9K tanda suka serta 917 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang teruja berjumpa dengan idolanya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rugilah kalau dah jumpa tapi tak bergambar sekali kan? Datuk Lee Chong Wei kot! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: