"Tak Berus Gigi Anak Sebab Dia Mengamuk" - Dr Ini Kongsi Tips Berus Gigi Anak Dengan Betul
Kena guna cara yang betul.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, pernah cuba untuk memberus gigi mereka? Struggle habis kan?
Memang agak liat kerana mengikut pengalaman orang ramai, kanak-kanak memang tidak suka jika sesuatu dimasukkan ke dalam mulut mereka secara dipaksa. Contohnya seperti makan ubat, berus gigi dan sebagainya.
Perkara ini membuatkan ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang hal seperti ini. Ada yang langsung tidak peduli dengan kebersihan mulut anak hanya kerana mereka sering mengamuk jika dipaksa untuk memberus gigi.
Image via Pa&Ma
Namun sebenarnya, penjagaan gigi kanak-kanak perlulah dimulakan seawal bayi lagi iaitu sebelum gigi mereka mula tumbuh.
Oleh itu, seorang doktor gigi iaitu Dr Zulaika Hosni telah berkongsi tips berguna untuk dipraktik oleh ibu bapa yang ingin memberus gigi anak. Mungkin lebih mudah selepas ini.
Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 7k shares ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
"Dr, saya tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk setiap kali nak berus gigi..."
Ibu bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita xboleh putus asa dan terus xberus gigi mereka.
Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis xnak berus gigi dan kita pun xberus gigi mereka maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis mereka xperlu berus gigi.
Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.
Image via Baby Center
Di bawah merupakan cara yang betul untuk memberus gigi anak jika mereka menangis dan mengamuk dengan teruk:
1. Teknik Dua Orang
Image via Love Dental Care / Facebook
Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.
2. Teknik seorang
Image via Love Dental Care / Facebook
Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.
"Hari-hari ke perlu buat macam ini?"
Image via Love Dental Care / Facebook
Bukan perlu buat hari2 begini, hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat.
Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka xsuka/xmahu.
'Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni...kesian..' Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis..
Jika kita membiarkan gigi anak2 kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam xtido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.
Yang penting, jangan terlalu kasar sehingga mereka sakit.
Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment