seismik

Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Anak Lelaki Yang Suka 'Explore' Ketika Berada Di Rumah Orang

Mungkin tips ini boleh membantu anda. :)

Cover image via Instagram @salahuddinsharif

Mengawal empat orang anak lelaki bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika anak anda jenis yang suka explore sana sini. Sentuh semua barang yang mereka nampak, berlari satu rumah dan sebagainya.

Image via Giphy

Perkara ini akan menjadi lebih parah apabila menjelang masim perayaan. Anda akan mula menziarahi rumah saudara-mara untuk beraya, mestilah bawa anak-anak sekali kan. Ketika itu anda boleh tengok betapa buasnya anak masing-masing.

Lebih-lebih lagi jika mereka jumpa geng. Memang semua benda yang ada dalam rumah tu, mereka akan mula terokai, sentuh dan ada yang masukkan di dalam mulut. Itu bahaya!

Jika anda tidak tahu untuk handle situasi seperti di atas, boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh seorang lelaki iaitu Salahuddin Sharif yang merupakan seorang bapa yang mempunyai empat orang anak lelaki. Beliau berkongsi tentang bagaimana cara yang betul untuk kawal anak-anak dalam situasi seperti ini.

Perkongsian penuh di bawah:

Tips pertama, sebelum berkunjung ke rumah sesiapa, pastikan pilih dulu rumah yang tepat dan sesuai. Supaya isteri anda senang untuk kawal anak-anak nanti.

Invest sedikit duit untuk belikan permainan kanak-kanak yang murah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika di rumah orang

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda harus bertindak dengan cepat ketika anak dibuli atau membuli orang lain. Jangan biarkan mereka memperlakukan kanak-kanak lain sesuka hati.

Sediakan payung sebelum hujan. Sebelum anak-anak mula mengamuk di rumah orang, anda perlu sediakan video kegemaran anak-anak dan masukkan dalam thumbdrive, minta izin tuan rumah untuk pasang.

Sedikit pesanan untuk tuan rumah di luar sana:

Untuk kawal anak bukanlah perkara yang sukar, hanya dengan taktik dan cara yang betul, you're good to go. :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dapatkan perkongsian menarik hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: