Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Jadi Masuk Kerja Sebab Ayah Tak Dapat Hantar, Majikan Kesal Dengan Alasan Staf Baru

Hmm. Boleh pula macam itu.

Cover image via Astro Awani

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap kerana saingan yang sangat tinggi

Sekiranya ada rezeki untuk masuk bekerja di tempat baru, seeloknya kita menjaga etika dan bersedia untuk memberikan yang terbaik buat syarikat.

Namun, tular pula baru-baru ini sebuah posting di Facebook apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan sikap pekerja barunya telah mencuri tumpuan ramai.

Staf baru tak boleh beri komitmen, bagi alasan ayah tak dapat hantar pergi kerja

Menerusi posting yang dimuat naik oleh NA Dyla, dia berpendapat generasi muda zaman sekarang terlalu 'manja' dan tidak serius dalam melakukan pekerjaan.

"Isu cari pekerja ni dah lama, dan mungkin juga ramai owner di luar sana melalui benda yang sama. Saya tak faham generasi anak muda zaman sekarang tahun 2024 dah datang interview bila dapat, rasa tak boleh commit terus undur diri. Kerja belum start lagi, dah bagi macam-macam alasan itu la ini la,"
katanya.

Berdasarkan tangkap layar perbualan Whatsapp, pekerja baru di syarikatnya itu memberi alasan tidak dapat hadir ke tempat kerja yang diminta kerana tiada kenderaan dan bapanya telah keluar menghadiri mesyuarat.

Namun, dia masih bersikap tolak ansur dan meminta stafnya itu untuk datang juga dengan menaiki e-hailing. Tetapi, apa yang mengejutkan adalah jawapan yang diberikan oleh pekerja tersebut adalah ibunya tidak pernah memberi keizinan untuk menaiki pengangkutan awam.

Image via NA Dyla (Facebook)

"Saya nak tanya adakah mereka terlalu manja dan bergantung harapan pada parents atau mereka dimanjakan? Apa sebenarnya matlamat hidup diaorang? Mudah sangat give up. Nak duduk di zone selesa sampai macam mana lagi? Semua tempat kerja sama dik non," katanya lagi.

Lihat posting penuh di bawah:

Apa pendapat korang pula?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment