Impian Sejak Kecil, Uncle Dari Sarawak Ini Nekad Pandu Kenari Nak Keliling Satu Dunia
Semoga misi uncle tercapai, selamat menjelajah dunia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki Cina berusia 47 tahun nekad memandu Perodua Kenari demi mencapai impiannya mengelilingi dunia secara solo sejak kecil lagi
Lelaki bernama Jack Voon Kuet Fei yang berasal dari Sarawak itu dikatakan memulakan misi perjalanannya pada Rabu, 1 Mei 2024.
Menurut laporan Sinar Harian, Jack berkata telah merancang misi solonya itu sejak lima tahun lalu. Namun begitu, dia pernah hampir putus asa untuk memenuhi impian itu berikutan kesibukan kerja.
"Dulu masa kecil selalu bayangkan betapa luasnya dunia ini, namun cerita mengenai negara-negara luar ketika itu hanya dilihat melalui kaca televisyen, majalah dan surat khabar.
"Dari situlah timbul keinginan untuk mengelilingi dunia, namun ia bukan sesuatu perkara mudah," katanya.
Majlis Pelepasan Ekspedisi Mengelilingi Dunia Menggunakan Perodua Kenari telah dilancarkan di pekarangan Menara 188, Kuantan
Majlis tersebut merupakan anjuran Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang yang disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.
"Apabila memasuki usia 40-an, saya rasa 'patah hati' kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Jadi saya fikir, kena buat semula apa yang sudah lama saya impikan iaitu keluar melihat dunia dan mengenali lebih banyak budaya di negara lain.
"Sejak itu, saya mula simpan wang dan sepanjang empat tahun hanya bekerja, tidak keluar berseronok atau lepak minum dengan kawan-kawan," katanya lagi.
Pilih Perodua Kenari kerana lebih ekonomi dan selamat
Menurut Jack, kereta itu telah disiapkan termasuk dibaik pulih enjin, dicat baharu dan dilengkapi beberapa peralatan pengembaraan termasuk panel solar serta bateri tambahan.
"Bagi saya, kereta ini paling sesuai kerana kalau guna kereta mewah atau kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai besar risikonya mungkin kena rompak atau berdepan masalah lain apabila memasuki negara tertentu.
"Kalau perjalanan berjalan lancar, saya jangka kembali ke tanah air pada Mei 2027," katanya.
Ekspedisi itu merangkumi jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 200,000 kilometer merangkumi lebih 100 negara dan dijangka mengambil masa sehingga tiga tahun.
Satu misi yang sangat seronok dan mencabar. Semoga uncle Jack selamat pergi dan balik, enjoy your journey!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!