Terlampau Ikut 'Trend', Ini Risiko Sebenar Penggunaan Pinggan Mangkuk Bercorak
Jangan hanya kerana ingin yang cantik, kita risikokan nyawa kita.
Jika dilihat ketika ini, pinggan mangkuk bercorak kembali menjadi trend dan digilai ramai orang
Image via Rotikaya
Dengan harga yang tidak terlalu mahal, pinggan mangkuk ini digemari kerana coraknya yang cantik sehingga ada yang sanggup menyimpannya sebagai koleksi peribadi.
Malah dapat juga dilihat ada segelintir daripada kita yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli pinggan mangkuk ini tanpa menyedari risiko yang terdapat pada penggunaan pinggan mangkuk berkenaan.
Menyedari trend yang sedang berlaku ketika ini, Public Health Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan serta amaran berhubung risiko penggunaan barang tersebut
Kenyataan itu telah dikeluarkan melalui laman Facebook Public Health Malaysia, semalam.
Dalam kenyataan tersebut, ia berkata penggunaan pinggan mangkuk bercorak itu mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian kerana bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Untuk penerangan penuh, sila teruskan membaca di bawah:
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati-hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Image via KKM / Facebook
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:
⚠️ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
⚠️ Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
⚠️ Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
⚠️ Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
⚠️ Pinggan dengan pelbagai bentuk
Pinggan yang selamat adalah:
✔️ Pinggan berwarna putih tanpa corak
✔️ Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya:
- Elakkan meletakkan makanan panas
- Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
- Jangan simpan makanan terlalu lama
- Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
- Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
- Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil.
Jangan abaikan nasihat ini dan harap ia dapat menjadi panduan untuk kita semua.
Artikel berkaitan:
Leave a comment