"Cukuplah Dengan Trend Hipster Mengarut!" - Hidangan Teh Dalam Tin Susu Ditentang Oleh KKM

Kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook.

Sebuah kedai kopi hipster di Pulau Pinang iaitu Kedai Kopi Bobo telah tular baru-baru ini kerana mereka menyediakan teh ais dalam tin susu pekat manis

Selepas trend nasi kukus disediakan dalam tin, ada lagi trend yang hampir sama iaitu minuman teh ais disediakan dalam tin susu pekat manis.

Malah, netizen juga turut menyuarakan beberapa pendapat bahawa ianya sangat membahayakan pelanggan kerana tin yang digunakan tidak dibuang penutupnya terlebih dahulu.

Kedai Kopi Bobo, Taman Lip Sin, Pulau Pinang.

Image via says.com

Ingin tahu bagaimana mereka menyediakan teh tarik dalam tin tersebut? Lihat gambar di bawah:

Image via Facebook

Image via Facebook

Trend ini juga sebenarnya sangat membahayakan pelanggan dengan adanya penutup tin yang boleh menyebabkan kecederaan jika tertoreh.

Ramai juga masyarakat di laman Twitter tidak bersetuju dengan trend viral hipster yang boleh membahayakan orang ramai itu:

Tambahan pula baru-baru ini melalui laman Facebook, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut terpanggil untuk memberikan kenyataan mengenai isu yang telah tular ini:

Malah, bukan sahaja isu keselamatan perlu dititikberatkan dalam trend hipster ini. Isu kesihatan juga perlu diambil peduli kerana hidangan teh tarik dalam tin susu pekat manis ini juga boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes.

Baca penerangan rasmi yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia di bawah:

Apa pula pendapat anda tentang isu teh tarik yang disediakan dalam tin susu pekat manis ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen yang disediakan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment