seismik

Viral Maggi Ketam 'Cekik Darah' Dengan Harga RM50 Semangkuk, Ini Penjelasan Pemilik Kedai

Penjelasan atau alasan? Anda tentukan.

Cover image via Facebook

Baru-baru ini telah viral tentang isu maggi ketam dijual dengan harga 'cekik darah' di sebuah restoran di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Posting di bawah mengatakan bahawa harga yang tertera di dalam menu hanyalah RM15 untuk semangkuk maggi ketam.

Namun, ketika ingin membuat pembayaran, mereka dikenakan total harga yang agak mahal iaitu RM50.

Mahal gila!

Keluarga tersebut yang berasal dari Jitra, Kedah telah memesan dua mangkuk maggi ketam dan beberapa minuman yang kebanyakannya hanyalah teh o' ais, kopi o' dan segelas air lobak merah

Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, "Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15.”

Menurut laporan Sinar Harian, pihak wanita itu tetap menjelaskan bayaran tersebut sebelum bertindak untuk memuat naik status di Facebook bagi meluahkan ketidakpuasan hati berkenaan kejadian berkenaan.

Status tersebut juga telah diajukan ke Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Harga sebenar maggi ketam yang tertera dalam menu hanyalah RM15.

Image via KPDNHEP Kelantan / Facebook

Aduan mangsa juga telah mendapat maklum balas positif oleh pihak berkenaan dan kedai makan tersebut juga telah diserbu

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

Beliau juga menambah bahawa peniaga tersebut memberi alasan bahawa harga ketam dijual mengikut pasaran semasa dan memberitahu mereka tidak sempat untuk menukar harga yang tertera dalam menu.

Menurut laporan lagi, pihak KPDNHEP juga akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, pemilik premis juga menjelaskan bahawa berlaku sedikit pertelingkahan dengan pelanggan mengenai insiden tersebut

Ianya berlaku kerana pelanggan berasa ditipu dan keliru dengan harga yang dipaparkan dalam menu dengan total harga yang perlu dijelaskan.

Bukan setakat itu sahaja, pihak pemilik premis juga mengatakan harga akan berubah mengikut belian dan harga pasaran semasa dan juga permintaan (demand). Kebiasaannya, RM50 untuk sekilogram, lebih kurang 3 ekor sahaja.

Menurut beberapa komen, ramai juga yang pernah menjadi mangsa harga maggi ketam 'cekik darah' itu ketika makan di kedai yang sama:

Siasatan lanjut akan dijalankan mengenai isu ini, dan seterusnya dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang untuk tindakan selanjutnya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bendi RM20?!

Muntah pun kena bayar?

You may be interested in: