Tak Sampai Hati Nak Buang Makanan Anak Bekalkan, Ayah Sempat Makan 5 Pau Ini Curi Tumpuan
Difahamkan ayahnya bekerja di Singapura.
Bekerja di luar negara sudah tentu banyak cabarannya
Demi menyara hidup keluarga, ketua keluarga sanggup bangun pagi-pagi menghadap jam untuk pergi ke negara seberang untuk mencari rezeki. Ramai yang dapat dilihat bekerja di Singapura terutamanya warga Johor.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang ayah terharu dengan sifat prihatin anaknya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Bekalkan untuk ayah 5 pau sebelum masuk kerja di Singapura
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang anak perempuan membekalkan pau kari kentang kepada ayahnya yang ingin berangkat kerja di Singapura.
Apa yang lebih membuatkan ramai terharu adalah aksi ayahnya yang menghabiskan kelima-lima pau yang dibekalkan itu di terminal bas juga. Hal itu disebabkan pengunjung tidak dibenarkan membawa sesetengah makanan ke imigresen.
Ayahnya tidak mahu membuat anaknya sedih dan kecewa, dia dilihat terpaksa makan semua pau itu walaupun kenyang. Dia juga tidak mahu pegawai bertindak untuk membuang makanannya.
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
"Saya terharu, nak nangis. The effort!" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 3.5K tanda suka, 232 komen dan 38 kongsi di Facebook, rata-rata netizen terharu dan memuji sikap ayahnya. Anaknya yang berumur 14 tahun itu juga dipuji kerana sifat prihatinnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Image via googleapis.com
Image via Maxkeong Menkeong (Facebook)
Min tengah lap air mata, ayah memang first love every daughter! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment