Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Sangka Ayah Terkorban Sekali Masa Nak Selamatkan 2 Anaknya Lemas Dalam Sungai

Difahamkan, tragedi itu berlaku di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali, Selangor.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah tragedi berlaku di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali, Selangor

Keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah dan tujuh orang anak berkhemah di kawasan Sungai Balak sejak awal pagi. Tak sangka, itu merupakan kali terakhir keluarga itu berjumpa dengan ayah dan dua adik-beradiknya.

Difahamkan, mereka menetap di Kuala Lipis dan memiliki rumah di Kampung Kuantan, Batang Kali.

Tragedi itu menyaksikan dua orang anaknya lemas dalam sungai dan kejadian tersebut juga dipercayai bukan disebabkan kepala air.

Menurut sumber, ayahnya cuba selamatkan dua anak yang lemas tanpa disedari oleh ibu.

“Anak lelakinya yang lemas dahulu dan kemudian anak perempuan ingin membantu.

“Melihatkan keadaan itu, bapanya yang berada di tepi sungai terus terjun untuk membantu,’’ katanya ketika ditemui di luar Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini.

Gambar sekadar hiasan

Image via Harian Metro

Dua orang anaknya Damia (9 tahun) dan Malik (6 tahun) terkorban

Sepupu mangsa juga berkata dia melihat isteri mangsa yang berada di tepi sungai cuba mencari dan menarik suaminya.

“Apabila nampak suaminya timbul dulu, dia menarik Allahyarham ke darat dan memberikan bantuan CPR tetapi mangsa tidak memberikan respons.

“Isteri mangsa juga nampak dua anaknya timbul dan menarik mereka ke tepi sungai namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa,’’ katanya.

Mangsa terus dibawa ke hospital selepas itu. Difahamkan keluarga mangsa sedang menunggu doktor untuk mengetahui sama ada bedah siasat akan dijalankan ke atas tiga beranak atau tidak.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment