seismik

Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah - "Time Ni Juga Nak Bagi Duit"

Sampai timbul kesesakan lalu-lintas.

Cover image via @insta_umie (IG) & Mekanika

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesiapa yang telah bergelar ibu ayah, sudah semestinya akan mempunyai tanggungjawab menghantar anak-anak ke sekolah

Bukan setakat itu, kadangkala banyak persiapan perlu dibuat sebagai contoh menyemak kerja sekolah anak-anak, membekalkan makanan, wang saku dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang lelaki berkongsi perangai ibu ayah semasa menghantar anak-anak ke sekolah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via @insta_umie (IG

Pendapatnya, sesetengah parents suka berhentikan kereta dan mengambil masa yang lama masa menghantar anak ke
sekolah

"Ada parent jenis dia akan hentikan kereta, turun kereta, bukakan pintu utk anak, pakaikan beg sekolah kat anak, ambik beg bekal bagi kat anak, buka wallet bagi duit sekolah kat anak, bagi sedikit amanat dan motivasi kat anak dia, akhirnya dia salam peluk cium anak. Selesai semua salam jamaie salam wida' doa wehdah semua baru dia masuk balik kereta dan berlalu.

"Bagus sungguh. Sayang sungguh dia kat anak dia tu," tulisnya.

Namun, dia juga menyatakan kekesalannya kerana perlu menunggu dan menghadap kesesakan lalu lintas.

"Aku yang kat belakang dia ni panas jer beratur bersusun berpuluh kereta kat belakang dia tak leh nak lalu." tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mekanika

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing

Berikut merupakan komen netizen di Facebook:

Style korang hantar anak pergi sekolah macam mana pula?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: