[TERKINI] Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Mahkamah Tinggi Ditolak
Difahamkan, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun menganiaya seorang remaja Sindrom Down.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali
Sabitan dan hukuman itu kerana dia didapati mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Mahkamah kekal dengan keputusan dan menolak rayuan Siti Bainun
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada Februari hingga Jun 2021.
Kedua-dua hukuman berjalan dengan serentak di mana penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.
Tambahan pula, Siti Bainun juga perlu melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!