4 Individu Maut Akibat Keracunan Makanan 'Char Kuetiau' Di Restoran Rangkaian Malaysia
Difahamkan kejadian berlaku di Polam Kopitiam, Taipei, Taiwan
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah insiden keracunan makanan berlaku di rangkaian restoran Malaysia di Taipei, Taiwan
Empat individu maut akibat keracunan makanan setelah makan Char Kuey Teow di Polam Kopitiam, Taipei.
Timbalan Menteri Kesihatan Taiwan, Victor Wang mengatakan mangsa keempat merupakan wanita berusia 40 tahun. Mangsa meninggal pada hari Isnin berpunca daripada kegagalan organ berfungsi. Mangsa juga mengalami mual, muntah dan cirit-birit sebelum itu.
Menurut laporan Taiwan, kematian itu merupakan kes kedua selepas seorang pesakit juga disahkan meninggal. Dua mangsa lagi meninggal bulan lepas.
Siasatan mendapati terdapat toksin yang dijumpai
Toksin ditemui pada papan pencincang, dua pisau dan tangan tukang masak di cawangan Polam Kopitiam Xinyi.
Siasatan juga mendapati terdapat asid bongkrekik, toksin yang berkembang dalam makanan ditapai.
Menurut sumber, toksin itu mungkin berpunca daripada pencemaran pada tangan tukang masak, berkemungkinan diperoleh melalui sentuhan dengan makanan yang tercemar semasa proses memasak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!