Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Taktik Baru Anak Nak Minta Beli Bantal, Sekali Baring Terus Tak Mahu Bangun. Comel Betul!

Tak payah susah-susah berguling.

Cover image via @alisarobin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun kadang-kala suka membuat perangai yang tidak dijangka

Terutama sekali apabila terdapat barangan atau mainan yang diingin di sesebuah kedai. Ada yang sampai berguling dan mengamuk supaya hajat mereka ditunaikan. Memang pening kepala ibu bapa nak melayannya. 

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan memeluk bantal yang diingininya di sebuah kedai telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sampai nak bayar dekat cashier masih tak mahu lepas bantal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alisarobin, kelihatan seorang budak perempuan sedang membeli-belah di sebuah kedai Kaison.

Budak perempuan itu tertarik dengan sebuah batal berbentuk bunga di kedai tersebut. Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila dia dilihat terus berbaring di bantal tersebut sambil didukung bapanya.

Walaupun sudah sampai di cashier untuk membayar, dia masih lagi berbaring di atas bantal tersebut. Hal ini membuatkan ramai yang cair melihatnya. 

Image via @alisarobin (TikTok)

"Bijak dik. Tak payah guling-guling, peluk je terus. Mak ayah nak belikan pun sejuk je hati tengok anak baik macam ni. Pandai beli jiwa eh!" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 872.8K views, 145.6K likes dan 1.0K shares di TikTok, rata-rata netizen turut cair melihat kecomelan budak perempuan tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @alisarobin (TikTok)

Image via @alisarobin (TikTok)

Image via @alisarobin (TikTok)

Image via @alisarobin (TikTok)

Comelnya adik ni. Dah baring sampai tak mahu bangun macam tu, memang kena beli juga lah kan? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment