seismik

[VIDEO] Gara-Gara Geram Sangat, Wanita Ini Sampai Tampar Nurul Ain Secara Virtual

Puas hati tengok!

Cover image via @mamashima121 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 sedang hangat diperkatakan di media sosial kerana jalan ceritanya yang bikin ramai panas hati

Siapa saja yang tidak geram dengan watak Nurul Ain, lakonan mantap oleh Wafariena yang cuba merampas suami orang bukan? Kalau boleh para penonton memang nak tampar sahaja muka si Nurul Ain itu.

Begitu jugalah dengan video TikTok yang tular ini, memaparkan aksi seorang wanita menampar dan mencubit Nurul Ain secara virtual telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sungguh-sungguh tampar kaca televisyen, nasib baik azan Maghrib berkumandang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamashima121, kelihatan dia sedang merakam seorang wanita menonton drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 3.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila babak Nurul Ain muncul, wanita tersebut dilihat mencubit dan menampar kaca televisyen. Tamparannya itu kedengaran sangat kuat sehingga menghasilkan bunyi.

Lebih menghiburkan sedang wanita itu menampar Nurul Ain, tiba-tiba sahaja azan Maghrib berkumandang menyebabkan dia menghentikan perbuatannya itu. 

"Thank you kak buat macam tu. Saya pun geram sama" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 108.9K likes serta 3,092K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita tersebut. Malah, ada juga yang turut meluahkan rasa geram terhadap Nurul Ain. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Puas hati tengok akak tampar si Nurul Ain tu. Admin pun geram juga ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: