Anak Kantoi Ambil Sampai Satu Bekas Pinggan Mangkuk, Cara Bapa Membebel Pula Curi Tumpuan
Banyak betul dia ambil.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kehidupan selepas berkahwin tidaklah semudah yang disangka
Banyak persediaan yang perlu dirancang dan dibuat sebelum melangkah ke fasa ini. Contohnya, membeli barangan seperti pinggan mangkuk untuk rumah baru. Banyak juga kos yang perlu digunakan.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang anak yang kantoi mengambil pinggan mangkuk dengan banyak di rumah ibu bapanya telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah suruh letak balik bila nampak banyak sangat pinggan mangkuk anak ambil
Menerusi video yang dimuat naik oleh @daddysyu, seorang bapa sedang menyuruh anaknya membuka bekas berisi pinggan mangkuk yang ingin di bawa pulang.
Dia terkejut melihat kuantiti pinggan mangkuk yang dirembat anaknya itu. "Ni menikah sedap boleh dekat hang, sakit boleh dekat aku. Esok mak hang kerja nak beli lain", bebel si bapa dalam loghat utara.
Difahamkan, isterinya menyuruh anak mereka itu mengambil pinggan mangkuk yang tersimpan tetapi dia tidak menyangka sebegitu banyak yang diambil. Dia kemudian menyuruh anaknya menyimpan kembali pinggan mangkuk tersebut.
"Kantoi, anak baru nak rompak periuk, sekali bapak dia check satu-satu. Nah, sebekas terus dia sapu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M views, 87.6K likes dan 2.1K comments di Tiktok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!