seismik

[VIDEO] "Dah Macam Joget Pak Maon" - Cara Budak Lelaki Ini Menari Buat Ramai Terhibur

Pandai adik ni menari!

Cover image via @zaijumali78 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa sahaja yang tidak mengenali watak Pak Maon dalam filem lagenda P. Ramlee, Nasib DoReMi

Lakonannya yang kantoi berjoget tak ingat dunia semasa Malam Pesta Muda Mudi oleh isterinya telah mencuit hati ramai. Gaya joget Pak Maon ini sangat popular sehingga diingat sampai ke hari ini. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat seorang budak lelaki yang beria menari seperti joget Pak Maon telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Menari tarian tradisional tapi nampak gaya macam joget Pak Maon

Menerusi video yang dikongsi oleh @zaijumali78, kelihatan rakaman sedang berlangsungnya acara tarian tradisional di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat salah seorang budak lelaki yang beria menari di situ. Cara dia beria menari memang nampak seakan-akan joget Pak Maon semasa Malam Pesta Muda Mudi. 

"Budak perempuan tu pun confuse nak menari bila tengok partner dia menari macam tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 146.0K likes serta 1.8K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang terhibur dengan gaya tarian adik tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan main ya adik joget. Dah lulus dah ni nak masuk Malam Pesta Muda Mudi :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: