seismik

[VIDEO] Bila Ajak Balik Tapi Perangai Mak-Mak Suka Bersembang Ini Buat Ramai Boleh Relate

Perangai semua mak memang sama ke?

Cover image via @faramedyna (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita mesti sudah terbiasa dengan ibu atau ayah yang suka bersembang lama apabila melawat ke rumah saudara

Mana tidaknya, bukan selalu mereka nak berjumpa, memang pelbagai topik atau gosip panas yang akan disembangkan. Sebagai anak, kita pasti bosan menunggu dan akan selalu mengajak mereka balik cepat-cepat bukan?

Sama seperti seorang gadis ini yang telah membuat content di TikTok berkenaan "Bila Ikut Mak Pergi Beraya" telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@faramedyna

fake hope yang paling tidak boleh dipercayai

Sneaky Snitch - Kevin MacLeod

Dah berdiri nak balik pun masih tidak berhenti sembang lagi

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @faramedyna, kelihatan seorang gadis sedang membuat content berkenaan perangai mak-mak yang suka bersembang apabila pergi beraya. 

Apabila pertama kali mengajak balik, si ibu akan berkata sekejap baru sahaja sampai. Kali kedua pula, katanya dah nak balik tapi masih lagi bersembang. 

Lebih melucukan, apabila kali ketiga mengajak balik, si ibu akan berdiri tanda nak balik tapi masih boleh lagi meneruskan sembangnya. Gadis itu sempat menulis di ruangan komen bahawa dia selalu dikenakan begini oleh ibunya ketika ikut beraya. 

"Kalau mak cakap dah nak balik, dia punya nak balik tu, dua jam kemudian baru balik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan perangai mak-mak suka bersembang ini. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4MK views, 291K likes dan 2.4K comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

Setuju sangat, mak-mak kalau sembang tu memang tak boleh berhenti :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: