Tindakan Pantas Orang Awam Selamatkan Murid Sekolah Daripada Diculik Ini Jadi Perhatian
Nasib baik semua orang tolong.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, kes penculikan merupakan satu kesalahan jenayah yang melibatkan perbuatan mengambil dan membawa seseorang secara menyalahi undang-undang
Motif utama penculikan termasuklah untuk melibatkan mangsa dalam kes jual-beli manusia, mendapatkan wang tebusan dan melakukan beberapa jenayah berat lain kepada mangsa.
Baru-baru ini, tular seorang lelaki yang dipercayai OKU dan positif dadah cuba untuk menculik murid sekolah telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mangsa menjerit minta tolong bila suspek datang nak bawa lari
Menerusi posting yang dikongsi di Twitter, kejadian tersebut berlaku semalam di Taman Scientex, Pasir Gudang, kira-kira jam 11:30 pagi.
Mangsa yang merupakan seorang murid sekolah dikatakan baru pulang dari sekolah agama sewaktu suspek datang dan ingin membawa larinya. Murid sekolah tersebut terus meronta-ronta dan menjerit meminta bantuan.
Mujur, beberapa orang awam di situ nampak dan bertindak pantas menyelamatkannya. Mereka juga sempat membuat panggilan ke Balai Polis Taman Scientex dan seterusnya polis datang untuk menangkap suspek.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Good job public. Alert dengan keadaan. Kalau betul niat culik, memang patut lunyai makan tapak kasut" - Netizen
Susulan tularnya posting tersebut yang kini meraih sehingga 53.1K views, 2K retweets dan 1.6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihatnya.
Malah, ada juga yang mengecam perbuatan penculik tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!