seismik

Pemuda India Ini Tak Hormat Orang Single, Siap Menyanyi Lagu Aiman Tino Lagi Dekat Awek

Sweet betul!

Cover image via @rahainaanuar_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.



Negara kita memang terkenal dengan keunikannya yang mempunyai masyarakat berbilang kaum

Walaupun begitu, masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Jadi, tidak hairanlah jika ada orang India yang menggemari lagu Melayu atau orang Cina yang menggemari lagu India. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang pemuda India yang menyanyikan lagu jiwang Melayu kepada teman wanitanya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tak malu menyanyi lagu jiwang depan ramai orang

Menerusi video yang dikongsi oleh @rahainaanuar_, kelihatan dia sedang merakam gelagat seorang pemuda berbangsa India bersama teman wanita di sebuah kedai mamak yang tidak dikenal pasti.

Apa yang melucukan adalah apabila pemuda India itu siap menyanyikan lagu jiwang oleh Aiman Tino yang berjudul Permata Cinta. Teman wanitanya itu dilihat malu dengan perangai pemuda itu.

"Kawan-kawan aku yang India pun ramai yang kelakar. Indahnya berkawan tanpa mengira bangsa" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda India itu menyanyikan lagu jiwang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 709.3K views, 77.7K likes dan 916 comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

Amboi siap menyanyi lagu Aiman Tino lagi. Kelakar betul!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022