seismik

"Pelbagai Style" - Cikgu-Cikgu Dress Up Jadi Pelajar Sempena Hari Guru Ini Raih Perhatian

Sekali pandang macam budak sekolah.

Cover image via @kuyaaa_09 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, pada tanggal 16 Mei setiap tahun negara kita akan menyambut Hari Guru

Sambutan ini untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak-anak Malaysia menjadi insan yang berjaya.

Selalunya, ia akan disambut dengan meriah di sekolah dan pelajar akan membuat persembahan khas untuk guru-guru tersayang mereka. 

Namun, lain pula dengan sambutan Hari Guru di sebuah sekolah ini apabila guru-gurunya memakai uniform sekolah telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu-cikgu sporting gayakan uniform sekolah ikut style pelajar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kuyaaa_09, kelihatan rakaman sekumpulan guru-guru di sebuah sekolah sedang berjalan sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. 

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila semua guru-guru di situ dilihat memakai uniform sekolah. Lebih menarik, style uniform sekolah yang digayakan pula memang seperti style pelajar masa kini. 

Ada yang memakai sweater merah sambil memasukan tangan di dalam poket dan ada yang berpakaian seperti budak nerd. Malah, mereka turut memakai beg galas dan beg silang seperti pelajar sekolah. 

"Comelnya la hai. Mana cikgu disiplin? Sila potong rambut pelajar yang pakai tie purple tu. Yang pakai sweater merah tu sila buka ya, jangan nak OOTD sangat dalam kawasan sekolah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 175.1K likes serta 4K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap cara guru-guru tersebut berpakaian. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cikgu yang pakai sweater merah sambil masuk tangan dalam poket tu memang on point betul style dia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: