Takut Anak Speech Delay? Ini 5 Tips & Petua Nak Bagi Si Kecil Cepat Bercakap
Mesti comel bila si kecil dah pandai borak nanti!
Bagi ibu bapa yang pertama kali mempunyai anak kecil, sudah tentu akan terfikir bagaimana nak bagi anak cepat bercakap bukan?
Image via Motherhood
Seperti mana yang kita tahu, masalah speech delay sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Ada bayi yang masih belum boleh bercakap walaupun usia sudah masuk dua tahun.
Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan emosi ibu bapa terganggu, tambahan pula jika orang sekeliling selalu bertanya sama ada anak kita sudah pandai bercakap atau belum.
Jadi, bagaimana nak pastikan anak kita mengikut perkembangan mereka dengan fasa yang sepatutnya terutama dari segi percakapan?
Jom tengok antara 5 tips dan petua supaya anak cepat bercakap di bawah:
1. Guna ayat yang pendek dan mudah
Salah satu sebab anak lambat bercakap adalah kerana mereka sukar untuk faham ayat yang panjang. Ibu bapa tidak boleh berborak dengan mereka seperti orang dewasa dan menganggap mereka memahami apa yang kita sampaikan. Cuba cakap ayat mudah. Contohnya jika ingin memberikan mereka makanan, anda boleh cakap "jom makan?" sambil membuat isyarat tangan masuk ke mulut. Jadi, mereka tahu itu tandanya mereka perlu makan.
Image via Pa&Ma
2. Kerap borak dengan anak
Tahukah anda, sebenarnya ibu bapa sudah boleh mula bercakap dengan anak sejak mereka berada di dalam perut lagi. Nampak macam tak logik kan? Tetapi, si kecil boleh faham dan kenali suara ibu bapa mereka tau. Fasa selepas bayi lahir sehingga tiga tahun adalah fasa rapid growth. Mereka lebih cepat belajar dan boleh membezakan setiap bunyi apabila sudah berusia satu tahun ke atas. So, mommies and daddies banyakkan borak dengan anak okay?
Image via Mommy Ceria
3. Bagi eye contact masa bercakap
Ketika bercakap atau bermain dengan anak, ibu bapa perlu memberikan eye contact kepada mereka supaya si kecil lebih fokus dan boleh membaca setiap pergerakan bibir anda. Melalui cara ini, anak akan lebih cepat faham dan meniru apa yang kita cakap dengan lebih cepat. Tak percaya, cuba buat! Anda akan lihat hasilnya sendiri nanti.
Image via Dania Hamdan (SAYS)
4. Tidak guna pelbagai bahasa
Salah satu tips yang paling penting juga adalah tidak menggunakan pelbagai bahasa di rumah. Sebagai contoh, jika anda mahu anak fasih berbahasa Inggeris, anda kena gunakan bahasa itu saja. Begitu juga sebaliknya. Bukan apa, kalau mencampur adukkan banyak bahasa, ia akan mengelirukan anak anda yang sedang belajar bercakap.
Image via Pa&Ma
5. Kerap puji anak
Kalau anda nak tahu, kanak-kanak sebenarnya sangat sukakan pujian. Ia mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Anda boleh raikan dan puji apabila si kecil berjaya cakap sesuatu perkataan walaupun sedikit pelat. Biasalah, mereka kan dalam proses belajar. Dapat sebut bunyi seakan sama pun dah cukup baik tau! Jangan pula gelakkan mereka apabila tersalah sebut apa-apa perkataan. Nanti mereka hilang confident pula. Jadi, kerap puji si comel itu ya! Contohnya, "wah, pandainya anak mommy ni!" atau "good job baby, mommy love you!".
Image via MomQhalif
Kami harap perkongsian tips di atas dapat membantu anak anda cepat bercakap. Selamat mencuba mommies and daddies! :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment