Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Takut Kena Tipu? Ini 6 Cara Paling Mudah Untuk Anda Kenal Pasti Emas Tulen Atau Palsu

Yang suka beli emas, take note!

Cover image via Harga Emas Tokopedia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi kaum wanita, boleh dikatakan ramai yang mempunyai hobi suka mengumpul emas

Bukan apa, emas adalah penyelamat utama sekiranya kita ditimpa musibah atau kesusahan. Seperti contoh, jika hilang pekerjaan dan punca pendapatan, sudah pastinya kita tidak tahu dekat mana nak dapatkan duit tunai dengan cepat bukan?

Dengan adanya simpanan emas, kita boleh gadaikannya semula dengan pulangan tunai dalam waktu yang singkat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Baru-baru ini, harga emas di pasaran jatuh mendadak. Jadi, tidak hairanlah jika anda nampak hampir semua kedai emas dipenuhi pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli emas sebagai aset.

Namun, anda juga perlu berhati-hati dengan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan menjual emas dengan harga murah tetapi sebenarnya ia tidak tulen. Persoalannya, bagaimana nak kenal pasti sama ada emas yang kita nak beli itu tulen atau palsu?

Di sini kami akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh rujuk untuk memastikan anda tidak ditipu:

1. Uji emas dengan magnet terlebih dulu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Salam.my

Magnet adalah antara cara paling mudah untuk anda tentukan sama ada emas yang dibeli itu tulen atau palsu.

Jika emas yang anda beli itu melekat pada magnet, ia bermakna emas tersebut palsu. Hal ini kerana isi di dalamnya sudah dicampurkan dengan logam lain iaitu besi.

2. Gigit emas dengan tidak terlalu kuat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Angsa Emas

Menurut sumber, cara ini kebiasaannya dilakukan oleh atlet kerana setiap kali mendapat pingat emas, sudah menjadi perkara wajib bagi mereka untuk menggigit dan meninggalkan sedikit kesan kemek.

Tetapi, anda perlu ingat supaya jangan gigit terlalu kuat. Hal ini kerana emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan dan jika kesan itu semakin dalam, makan emas tersebut adalah 24 karat.

3. Gores emas pada permukaan seramik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Denai Hati

Ramai berpendapat bahawa sekiranya anda menggoreskan emas pada permukaan seramik dan terdapat kesan hitam, ia bermakna itu adalah emas palsu.

Tetapi jika tiada garisan hitam tersebut, maka anda sudah boleh menarik nafas lega kerana ia confirm emas asli.

4. Uji emas secara visual

Gambar sekadar hiasan.

Image via Salam.my

Kebiasaannya, setiap emas tidak kiralah cincin, gelang mahu pun rantai akan terdapat bacaan fineness antara 1 hingga 999 atau dalam bacaan karat adalah 10k, 14k, 18k, 22k atau 24k.

Tetapi awas! Sesetengah emas palsu juga kadang kala dicop dengan bacaan ini supaya ia nampak seperti emas tulen.  Jadi, anda perlu gunakan kanta pembesar dan memeriksanya dengan teliti.

5. Bawa ke Ar-Rahnu untuk sahkan keaslian emas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Loanstreet

Seperti mana yang kita tahu, Ar-Rahnu merupakan pusat pajak gadai Islam dan sudah tentu boleh dipercayai.

Malah, mereka menyediakan harga emas terkini mengikut bacaan dan gram. Dengan alat yang lengkap untuk menguji keaslian emas, anda boleh memberikan emas kepada mereka untuk mengesahkannya.

6. Timbang berat emas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Word Press

Terdapat beberapa prosedur untuk mengukur berat dan kepadatan emas. Antara langkah pertama untuk anda pastikan emas yang dibeli adalah asli adalah dengan mengukur menggunakan penimbang digital.

Anda juga boleh mengisi air di dalam bekas yang mempunyai bacaan mililiter (ml) dan catat jumlah ukuran air sebelum emas direndam. 

Kemudian, letak emas dalam bekas menggunakan tali dan catat bacaan air selepas ia direndam. Jika jumlah sebelum dan selepas adalah sama iaitu dengan bacaan 19g/ml, maka emas itu adalah asli.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk berhati-hati bila membeli emas :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment