Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Taman Tema Air Indoor Kids Friendly Baharu Kini Dibuka Di Cheras - "Jom Check It Out"

Wah seronok ni!

Cover image via Monkeys Canopy

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat ibu bapa yang suka membawa anak bermain di taman tema air, ini berita baik untuk anda!

Sebuah taman tema air baharu saja dibuka di Monkeys Canopy, Sungai Long yang berkonsepkan kids friendly.

Monkeys Splash Zone kini dibuka khas untuk ibu bapa yang ingin mencari taman tema air sesuai untuk membawa anak-anak sekali.

Ia akan dibuka bermula esok, 10 Januari 2025!

Image via @nhfzslhdn (TikTok)

Image via Monkeys Canopy

Dibuka pada hari biasa dan juga hujung minggu, harga bermula RM45

Waktu operasi Monkeys Splash Zone adalah 10am hingga 8pm setiap Selasa sampai Jumaat dan 10am hingga 10pm pada hari Sabtu dan Ahad,

Harga pula RM65 bagi dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak. Apa yang membuatkan taman tema air ini menarik, ia terdapat pelbagai gelongsor yang ibu bapa boleh naik bersama anak-anak.

Kawasannya juga luas dan selesa. Anda tidak perlu risau jika cuaca hujan kerana taman tema air ini seratus peratus berbumbung.

Image via Monkeys Canopy

Image via @nhfzslhdn (TikTok)

Lihat video di bawah:

Ini bukan anak-anak je sakan mandi, ibu bapa pun sama. Jom bawa anak-anak pergi sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment