Tampal Kertas 'Maaf Lambat' Dekat Kereta, Ramai Faham Situasi Ibu Baru Bersalin Ini
Semoga dipermudahkan segala urusan!
Seperti umum tahu, wanita yang baru bersalin perlu berpantang di rumah
Tidak kira wanita yang bersalin secara normal atau Caesarean section (czer), mereka memang perlukan rehat dan penjagaan yang secukupnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kereta yang dipandu oleh wanita baru lepas bersalin mempunyai tampalan notis pada cermin belakang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tampal kertas "maaf kalau lambat, baru lepas bersalin" pada cermin belakang kereta
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang memandu kereta di belakang kereta Axia berwarna putih di tol Ayer Hitam, Johor.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia terbaca satu notis yang tertulis 'maaf kalau lambat, baru lepas bersalin'. Perkara itu membuatkan dia memandu dengan berhati-hati kerana kereta didepannya dipercayai adalah seorang wanita yang baru bersalin.
Image via @sooopfea (TikTok)
“Mungkin suami tak ada, tak ada family. Kesian sis ni drive sorang lepas bersalin. Hopefully she’s doing ok” - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 35K tanda suka dan 88 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sooopfea (TikTok)
Image via @sooopfea (TikTok)
Image via @sooopfea (TikTok)
Semoga akak kereta putih tu cepat sembuh!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment