[VIDEO] Saja Nak Rekod Diri Healing Tepi Pantai, Sekali Ada Pula Yang Selamba Lalu
Hm, apa ya agaknya tu.
Healing di tepi pantai telah menjadi aktiviti kegemaran ramai
Iyalah, dengan suasana yang sangat santai, berangin, pukulan ombak memang akan membuatkan seseorang rasa tenang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki merekod dirinya sedang healing namun lain pula jadinya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja rekod diri sendiri, tetapi ada pula yang menyibuk
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merekod dirinya bersantai di tepi pantai.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dalam rakaman itu dilihat ada seorang pengunjung tiba-tiba lalu di depannya sambil menjengketkan kaki ketika berjalan. Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa Maghrib.
"Weh macam senja-senja tu aku dah fikir benda lain tadi dengan botaknya, dengan jalannya hm hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 845K tontonan, 139K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!