Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tampil Dengan Pelbagai Pilihan Produk Makanan, ATLAS Vending Lancar ‘Minit Mart’

Jimat masa membeli dengan Minit Mart!

Cover image via ATLAS Vending

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selari dengan perkembangan teknologi, mesin layan diri merupakan satu inovasi yang menjadi pilihan ramai

Kini, orang ramai lebih gemar menggunakan mesin layan diri kerana ianya lebih mudah dan jimat kos untuk mendapatkan makanan atau minuman.

Baru-baru ini, pembekal mesin layan diri F&B terbesar di Malaysia, ATLAS Vending sedang mengembangkan potensi peruncitan automatik di Malaysia dengan melancarkan Minit Mart. Mesin layan diri baharu ini berkonsepkan kedai runcit layan diri automatik sepenuhnya.

ATLAS Vending telah merasmikan sub-jenama Minit Mart itu dengan melancarkannya di tiga cawangan iaitu di stesen Caltex Lebuhraya KESAS, di Bandar Utama dan di stesen KLIA Transit Salak Tinggi.

Image via ATLAS Vending

ATLAS Vending mengambil insiatif untuk memperkenalkan Minit Mart sempena musim 'balik kampung'

Perhentian R&R dijangka akan sesak menjelang perayaan Aidilfitri nanti. Jadi, Minit Mart membantu pengguna melakukan transaksi cashless yang dapat menjimatkan masa. Anda sudah tidak perlu lagi membuang masa beratur panjang di kaunter juruwang untuk membeli makanan dan minuman semasa waktu puncak. 

Pengguna juga dapat membuat pembelian di luar waktu operasi R&R kerana Minit Mart ini dibuka 24 jam. Sepanjang fasa pengenalan, cawangan Minit Mart akan menampilkan pelbagai pilihan produk makanan dan minuman serta bekalan berguna lain untuk pengembara, daripada jenama seperti Pepsi, Mountain Dew, Wonda Coffee, 7 Days dan banyak lagi.

"Kami percaya Minit Mart akan menjadi tajuk perbualan hangat, lalu meningkatkan penerimaan bagi konsep runcit automatik ini, yang seterusnya membantu menarik minat di kalangan pemilik perniagaan untuk menggunakan Minit Mart sebagai saluran jualan,” kata Amy Gan, Ketua Pemasaran & Perniagaan Sokongan, ATLAS Vending.

Image via ATLAS Vending

Sasar 50 cawangan Minit Mart dibuka di seluruh Malaysia menjelang tahun 2023

Rangakaian kedai itu akan dikembangkan ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti kompleks komersial dan pejabat, hospital dan klinik 24 jam, kompleks kediaman, pusat membeli-belah, institusi pendidikan serta hab pengangkutan lain.

Semua struktur Minit Mart akan diperbuat daripada keluli kitar semula sepenuhnya, polikarbonat dan alukubond, dan dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga. Semasa waktu luar puncak, sebanyak 40% tenaga yang digunakan untuk penyejukan dikurangkan dengan memotong penggunaan pemampat dan mengekalkan penyejukan melalui sistem penebat. 

Dengan adanya timer, 50% tenaga yang digunakan untuk pencahayaan juga dapat dikurangkan dengan mematikan kotak lampu dari 7 pagi hingga 7 malam setiap hari. Sementara itu, semua cawan kertas yang digunakan di kedai Minit Mart diperbuat daripada kertas yang diperoleh dengan cara yang bertanggungjawab dan diperakui FSC.

Image via ATLAS Vending

Dengan hanya kurang seminit sudah boleh dapatkan makanan dan minuman kegemaran anda. Jimat masa kalau membeli di Minit Mart ini! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment