Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dikurnia Gelaran Profesor Diraja Oleh Agong

Pengurniaan watikah pelantikan berlangsung di Istana Negara hari ini, 23 Oktober 2024.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada tokoh intelek Islam Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara hari ini

Untuk rekod, Syed Muhammad Naquib merupakan penerima kedua gelaran profesor diraja selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Menerusi posting Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dimuat naik hari ini, pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Turut hadir menyaksikan majlis watikah pelantikan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Image via Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

Image via Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

Syed Muhammad Naquib merupakan pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan juga tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara.

Beliau merupakan individu yang memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama, sejarah, falsafah, teologi, metafizik, filologi, semantik, sastera dan seni.

Profesor diraja gelaran tertinggi dianugerahkan kepada ahli akademik oleh Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan bernilai kepada masyarakat serta kemajuan Malaysia.

Dalam pada itu, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas turut menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim di atas kurniaan kepada beliau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment