seismik

"Selamat Tinggal Sri Pentas!" - Rangkaian TV Media Prima Kini Bersiaran Dari Balai Berita

Semua rangkaian televisyen Media Prima bersiaran sepenuhnya di Balai Berita NSTP, Bangsar mulai 21 Oktober 2024.

Cover image via Buletin TV3 (YouTube) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hampir tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad melabuhkan tirainya di Sri Pentas semalam, Ahad (20 Oktober 2024)

Semua rangkaian televisyen Media Prima bersiaran sepenuhnya di Balai Berita NSTP, Bangsar mulai 21 Oktober 2024.

Image via Harian Metro

Untuk rekod, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai hari ini, Isnin (21 Oktober 2024) sejajar dengan perpindahan operasi kesemua platform berkenaan ke premis yang diubah suai itu.

Menerusi laporan Harian Metro, Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Jasbant Singh berkata, penyiaran semua siaran buletin daripada TV3, TV8, TV9, termasuk TV Didik yang bersiaran di Balai Berita NSTP adalah detik bersejarah bagi rangkaian televisyen Media Prima khususnya selepas lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas.

PENGARAH Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali (dua kiri) bersama Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin (kiri) Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape (tiga kiri) Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat), Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Karim (lima dari kiri) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (tujuh kiri) mengaminkan doa selepas majlis bacaan yassin sempena pelancaran studio berita kumpulan Media Prima di Balai Berita Bangsar.

Image via Ikhwan Munir/NSTP

Kata beliau lagi, operasi di Balai Berita NSTP dilihat juga sebagai lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai sebuah syarikat media yang inklusif di Malaysia.

"Kita akan sebumbung dengan semua platform media di NSTP yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

"Dengan perpindahan ini dengan studio dan peralatan baru, kami yakin dapat terus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan berita terkini dengan hiburan sensasi," katanya selepas menghadiri majlis bacaan Yasin di studio baharu rangkaian televisyen Media Prima di bangunan Balai Berita NSTP baru-baru ini.

Tonton video siaran terakhir Buletin Utama TV3 di Sri Pentas di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: