Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tengah Solat Sekali Kena Halau Balik, Wanita Kesal Dengan Sikap AJK Masjid Pentingkan Diri

Kot iya pun bagilah orang tu habis solat dulu hmm.

Cover image via Sinar Harian Foursquare

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masjid merupakan tempat ibadat buat semua umat Islam dan sepatutnya tiada had masa untuk seseorang beribadah di sana

Namun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya apabila solat di salah sebuah masjid berdekatan Parit Buntar, Perak.

Wanita yang dikenali sebagai Afifah itu memberitahu niatnya mahu menunaikan solat dengan khusyuk dan tenang terbantut gara-gara dihalau dari masjid kononnya kerana sudah lewat malam.

Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, wanita itu mendakwa dia diarah keluar pada jam 8.50 malam di sebuah masjid oleh seorang individu dipercayai ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut.

"Sanggup makcik tutup lampu sedangkan orang tengah solat lagi, saya nak pakai tudung pun tak boleh sebab alasan mahu kunci pintu, Allahuakbar.

"Anak saya sampai menangis sebab gelap, bila saya tegur, makin disuruhnya saya keluar dari masjid," katanya.

Malah, dia terkejut selepas AJK berkenaan tidak mahu langsung bertolak ansur dan memaksanya keluar tanpa sempat memakai tudung sebaik saja selesai solat.

Image via Sinar Harian

Walau bagaimanapun, dia sudah membuat laporan kepada pihak masjid dan berharap mereka mengambil maklum mengenai kejadian itu

"Saya telah membuat laporan di Facebook pihak masjid, dan mereka sudah meminta maaf serta akan beri teguran kepada AJK muslimat berkenaan.

"Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan, kerana semua orang ada hak untuk menggunakan fasiliti masjid. Semoga mereka lebih peka terhadap orang ramai yang berada dalam masjid untuk beribadat," katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment