"Betul Ayam Penyet" - Tengah Syok Makan, Member Tak Sengaja Pijak Makanan Buat Hilang Mood
Walaupun dia ikut gelak, dalam hati sakit beb!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membungkus makanan daripada luar atau memesan saja untuk menjimatkan masa
Iyalah, sekarang banyak aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan. Semuanya sangat memudahkan. Jimat masa dan tidak perlu mengemas selepas memasak.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda tidak sengaja memijak makanan housematenya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak perasan dan tak sengaja pijak ayam member yang tengah makan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang syok makan di atas lantai rumah mereka.
Apa yang mengejutkan adalah apabila rakannya dilihat terpijak lauk ayam sehingga mereka dia terjerit "ehh".
Pemuda yang sedang makan itu dilihat ingin marah pada awalnya, kemudian tidak jadi marah lalu mereka serumah mengekek ketawa kerana kejadian itu.
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
"Member tersenyum dalam kesakitan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 23M tontonan, 2M tanda suka dan 88K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa terhibur. Malah, ada juga yang bersimpati dengan pemuda yang sedang syok makan itu.
Barikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
Image via @jualginjalgrosir (TikTok)
Aduh, sedih betul ayam goreng kena pijak member, dah ada bau kaki member! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment