Terima DM Dikatakan Suka Menunjuk, Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan Mengenai Tindakannya
Tak mudah nak puaskan hati semua orang.
Kebaikan yang kita lakukan tidak semestinya dipandang baik oleh semua orang
Ini kerana wujudnya manusia yang bersifat iri hati dengan perbuatan yang dibuat orang lain.
Perkara itu terjadi kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin apabila tindakan baik beliau dipersoalkan malah dikatakan menunjuk-nunjuk.
Siti Sarah telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 2 Mac 2021.
Lihat posting tersebut di bawah:Image via @sitisarahraissuddin (Instagram)
Kesal dengan tohmahan yang ditujukan kepadanya, Siti Sarah tampil beri penjelasan
“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, ape lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi terok jadinye...Yg nak marah sangat tu kenapa? Kite bagi benda haram ke sampai sakit sgt hati tu? Sarah ni bgi dadah ke? Bagi air todi yg mabuk2 ke???
Frontliner tu ada yang tak cuti-cuti, byak sgt dugaan yang diorang kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecik je, just nk buat diorang happy. At least dpat bagi semangat & buat diorang Happy utk hari tu. Video Sarah bagi gift @lovetahq & barang-barang lain tu pun just
nk buat kenang-kenangan,” katanya.
Beliau menjelaskan tindakannya sebelum ini merupakan perkara baik yang dikira dapat memberi manfaat kepada mereka yang menerima.
Selain itu, Sarah memberitahu bahawa manusia tidak layak untuk menghakimi keikhlasan seseorang.
“Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkare tu rahsia Allah. Sape kita nak tentukan keikhlasan seseorang tu? Kpada akak-akak frontliner Malaysia yg bagi komen & DM yg baik-baik, Sarah doakn moga diberikan kslamatan & sentiasa brada dlam lindungan & rahmat Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, Siti Sarah sempat berterima kasih kepada frontliners yang meninggalkan komen dan menghantar mesej yang positif kepadanya
Image via @sitisarahraissuddin (Instagram)
Image via @sitisarahraissuddin (Instagram)
Image via @sitisarahraissuddin (Instagram)
Image via @sitisarahraissuddin (Instagram)
Kesian Siti Sarah, buat baik pun orang persoalkan. Sepatutnya apa yang beliau lakukan boleh dijadikan sebagai contoh yang bagus untuk semua.
Penulis: Hasanah Yusof
Semoga Siti Sarah terus kuat dan tidak menghiraukan kata-kata mereka yang berniat tidak baik.
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment