Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Terima Kasih The Pocket Rocketman" - Azizulhasni Awang Umum Bersara Sebagai Atlet Negara

Jasa dan pengorbanan anda untuk negara akan diingati selamanya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Azizulhasni Awang atau digelar 'The Pocket Rocketman' secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai atlet negara semalam

Beliau meminta agar seluruh peminat sukan tanah air memberi sokongan padu kepada pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan beberapa pelumba lain selepas ini.

Pengumuman persaraannya itu dilakukannya ketika ditemubual Astro Arena di Velodrom Saint Quentin en Yveline, di Paris di mana pemenang pingat perak dan gangsa di temasya Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 itu dilihat sebak ketika berkongsi perancangan masa depannya selepas ini.

"Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya. Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.

"Ia tentang kita menyokong dia (Shah Firdaus) dan generasi baru itu. Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka," katanya.

Beri ucapan tahniah pada Shah Firdaus atas pencapaian di sukan Olimpik

Dalam pada itu, Azizul menerusi laman Facebooknya telah menitipkan ucapan tahniah kepada Shah Firdaus atas pencapaian yang membanggakan di sukan Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, memasuki pusingan akhir (final) bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan ini adalah prestasi yang amat cemerlang dari Shah Firdaus.

Tambahnya, dia percaya akan prestasi Shah Firdaus akan lebih bagus menjelang sukan Olimpik LA 2028 nanti.

"Satu persembahan yang kita semua perlu bangga dan saya berharap Shah akan terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa untuk terus kekal cemerlang di peringkat antarabangsa.

"Paling penting adalah untuk menggunakan 4 tahun dari sekarang sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri ke temasya LA2028. Mungkin bunyinya terlalu awal akan tetapi itulah realitinya apabila kita bergelumang di peringkat tertinggi ini.

"Akhir kata saya percaya Shah akan jauh lebih bagus dan boleh memberikan pencapaian jauh lebih cenerlang di LA2028 nanti," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment