seismik

[VIDEO] Pemenang Pingat Olimpik 2024 AS Kongsi Pingat Jadi Lusuh Selepas Seminggu Diterima

Kekurangan kualiti pingat itu dilihat terkopek daripada beberapa bahagian.

Cover image via @nyjah (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemenang pingat Olimpik menunjukkan pingat yang kelihatan begitu teruk hanya seminggu selepas memenanginya

Nyjah Huston telah memenangi pingat gangsa untuk Amerika Syarikat (AS) dalam acara Street lelaki papan selaju di Sukan Olimpik Paris 2024.

Namun, kekurangan kualiti pingat itu kemudiannya terserlah dengan warna gangsa yang terkopek daripada beberapa bahagian.

Selepas beberapa hari selepas ke Amerika, Huston menerusi Instagram Stories, dia berkongsi pandangannya mengenai kualiti pingat yang diraihnya pada sukan itu.

"Baiklah, jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia serba baharu.

"Tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu," katanya.

Dia kecundang di tangan pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada aksi final tersebut.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: