Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Terima Kunci Patah Berderai Lepas Hantar Cuci, Wanita Ini Berang Dengan Owner Carwash

Dah lah tak cakap sorry pun!

Cover image via Aeenz Mohd Ghazali (FB)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang menghantar kereta ke car wash untuk dibasuh

Iyalah, perkara itu sangat memudahkan kerana mencuci kereta mengambil masa yang agak lama. Kemudahan car wash membolehkan kita untuk jimat masa dan tenaga.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang wanita bergaduh dengan owner car wash telah mencuri tumpuan.

Kisah itu bermula dengan wanita menghantar kereta Exoranya ke car wash untuk dibasuh dengan pakej premium yang termasuk perkhidmatan pembasmian lipas dalam kereta.

Selepas satu jam, wanita tersebut pergi ke kedai untuk mengambil keretanya.

"Masa aku ambil kereta aku nampak kereta aku dah hidup lampu so ini maknanya kereta aku dah di’start’ enjin oleh carwash. Then aku bayar amount macam tadi. Then aku bawak kereta macam biasa." tulisnya.

Selang 10 hingga 15 buah kedai, wanita itu ingin tutup enjin sebab nak singgah kedai kawan. Namun begitu, dia sedar kuncinya telah berderai. Cip dan bateri terkeluar daripada casing kunci.

"Aku call suami aku farid, dia datang dalam 10 minit lepas itu and tengok-tengok kan ape yang boleh buat. Pastu farid pergi kedai car wash tu balik dan dia fitnah aku yang start kereta tu padahal masatu aku datang ambil kereta enjin kereta pun dah start." tulisnya. 

Image via Aeenz Mohd Ghazali (FB)

Owner car wash memang menafikan dia yang start enjin kereta dan tidak meminta maaf kepada wanita itu

"Dia cuba nak salah kan aku balik. Korang tahukan kereta takkan hidup sendiri and kalau tengok betul-betul video ni. Dengar yang dia kata dia start enjin kereta aku. Btw tak ada langsung mintak maaf atau simpati.

"Dia kata kereta tu dah keluar dari kedai dia dan tak ada tanggungjawab apa-apa dekat kereta aku. And dia mati-mati blame aku yang start enjin kereta and aku yang patahkan kunci. Takkan aku bodoh sangat nak patah kunci padahal esok aku nak berjalan jauh.

"At least ade sikit  rasa tanggungjwb untnk buat ape yang bole sbb aku bagi 100% kepercayaan aku untuk basuh kereta aku tapi yang aku dapat hanyalah makian dan dia halau aku.

"So aku nasihatkan korang yang nak basuh kereta please check review google jangan main tarah je. Korang boleh nilai sendiri video aku attach sekali. Bukan niat untuk tutup periuk nasi orang tapi harap tak terkena dekat orang lain sebab nampak orangnya mcm langsi mart." tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment