seismik

"Kau Siapa Nak Hukum?" - Netizen Baran Tengok Uncle Kena Pukul Beramai-Ramai Di Tepi Jalan

Tak ada belas kasihan ke mereka ni?

Cover image via @MohamadYusofBi6 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X tentang
pergaduhan di tepi jalan raya

Dapat dilihat sebuah kereta Proton Saga merah berhenti di tepi jalan raya akibat kemalangan. Bumper di bahagian depan keretanya dilihat jatuh dan kemek.

Pemandu warga emas itu dan seorang lagi lelaki yang diyakini sebagai penumpang turut keluar daripada kereta itu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila datangnya seorang lelaki ke arah uncle warga emas dan mereka dilihat berbalah seketika.

Lelaki tersebut megamuk sehingga memberikan tumbukan yang kuat pada uncle itu. Uncle itu dilihat tersepit sambil menahan sakit di belakang pintu kereta.

Bukan setakat itu, kelihatan seorang lagi lelaki berbaju putih dan pemandu Hilux ke arah uncle tersebut. Dalam rakaman, lelaki berbaju putih itu dilihat menunjal kepala warga emas berkenaan.

Ada yang dakwa uncle itu membuat kesilapan langgar lampu merah dan bas sekolah

"Uncle ni langgar lampu merah dan bas budak balik sekolah penuh dengan budak sekolah rendah. Ada yang tercedera dan pengsan. Sekali pun uncle tu salah, tak perlu buat macam tu. Moral of the story, nak pecut waktu lampu hijau. Bukan lampu dah kuning or merah baru nak tekan pedal", tulis salah seorang netizen di laman X.

"Salah macam mana pun bukan hak kita nak hukum semberono macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 580.2K views, 3K reposts dan 3K likes di laman X, netizen turut berang dengan perangai lelaki yang bertindak memukul uncle itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kalau memang salah uncle tu pun, biarlah pihak kuasa yang uruskan. Bukan suka hati hukum dengan pukul!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: