Terkilan Dengan Kelakuan Ibu Sendiri, Wanita Ini Sedih Anak Perempuannya Dibotakkan Kepala
Tindakan itu dilakukan supaya rambut cucunya tumbuh dengan lebat.
Selain memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan, ibu bapa khususnya yang beragama Islam juga disunatkan untuk cukur rambut bayi sehingga botak
Namun lain pula jadinya, kepada seorang wanita di Indonesia yang meluahkan rasa terkilan kepada ibunya sendiri apabila membotakkan kepala anak perempuannya terlebih dahulu tanpa izin.
Perkara itu diluahkannya melalui aplikasi TikTok baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Novilia Sari itu memberitahu, walaupun anaknya rambut tidak lebat tetapi ibunya tak perlu sehingga membotakkan kepala anaknya itu.
Selain itu, dapat dilihat juga reaksi suaminya yang turut kelihatan kecewa selepas mendapati anaknya dibotakkan kepala oleh ibu mentua sendiri.
Tonton video penuh luahan wanita berkenaan di TikTok di bawah:
Bukan seorang anaknya dibotakkan rambut, tetapi cucunya yang lain turut juga diakukan perkara sama
Jelas ibunya, rambut anak perempuan wanita itu akan tumbuh lebat selepas dibotakkan kepala.
Begitupun, dia dan suaminya kini reda dengan apa yang telah berlaku ke atas anak perempuannya dan sudah memaafkan ibu mereka.
Walaupun anak perempuannya kini sudah botak, jelas mereka anaknya itu tetap nampak cantik meskipun sudah tiada rambut dikepalanya.
Katanya lagi, mereka sebelum ini cuma terkejut dengan perbuatan ibunya yang membotakkan kepala anak perempuannya tanpa pengetahuan mereka.
Tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen juga memberikan pandangan yang sama dan bersetuju anak perempuan mereka tetap nampak cantik walaupun sudah botak
Malah ada juga juga yang memberitahu kepada pasangan suami isteri itu bahawa mereka tidak perlu risau tentang rambut anaknya sudah botak itu kerana ianya akan tetap tumbuh dan perkara berkenaan tidak perlu diperbesarkan.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:
Image via @mamaghan (TikTok)
Image via @mamaghan (TikTok)
Image via @mamaghan (TikTok)
Image via @mamaghan (TikTok)
Image via @mamaghan (TikTok)
Image via @mamaghan (TikTok)
Stay strong sis! Jangan risau nanti rambut anak awak tetap akan tumbuh balik :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment