[TERKINI] Bazar Jalan TAR Berpindah Ke Jalan Raja. Yay, Boleh Shopping Ramadan & Raya!
Jalan Raja akan lebih tersusun dan teratur berbanding di tapak sedia ada di lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR).
Tahun lepas, telah diumumkan bahawa bazar di Masjid India dan Jalan TAR akan ditutup secara rasminya ekoran lambakan masalah yang tidak dapat diselesaikan
Image via Rojak Daily
Tapak bazar yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah setiap kali musim perayaan tiba itu dihentikan ekoran beberapa isu yang tidak diselesaikan setelah bertahun-tahun lamanya.
Isu-isu seperti masalah kebersihan, masalah tadbir urus, serta ketamakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan peribadi adalah punca keputusan penutupan ini dibuat.
Image via Buzz Kini
Ekoran penutupan ini, ramai yang membantah, baik dari sudut peniaga mahupun pengunjung dan pembeli di bazar tersebut.
Namun begitu, usah khuatir kerana pihak DBKL telah menyediakan tempat baru untuk anda membeli juadah berbuka puasa dan shopping raya!
Lokasi Jalan Raja telah dipilih sebagai lokasi bazar Ramadan yang baru.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh, Jalan Raja akan lebih tersusun dan teratur berbanding di tapak sedia ada di lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR). Bukan itu sahaja, lokasi berkenaan juga sesuai kerana turut menjadi tumpuan pelancong.
Image via Berita Harian
“Perkara itu kita ambil maklum. Pihak DBKL nak Jalan Raja menjadi tumpuan para pelancong di mana bazar-bazar yang kita dirikan adalah bazar yang terurus, bersih dan cantik. Kita akan dirikan petak lebih luas dan kawasan jalan kaki lebih besar.
"Dengan adanya bazar lebih tersusun dan teratur, tidak seperti yang ada sekarang seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.
Buat mereka yang tidak tahu, Jalan Raja terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad
Image via Google
Lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment