Tersentuh Dengar Alunan Al-Quran, Gadis Itali Di UMT Ini Berhijrah Dari Atheist Ke Islam
Alhamdulillah.
Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan daripada sesiapa
Jikalau seseorang itu sudah dipilih oleh-Nya sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka. Sama seperti yang berlaku kepada seorang gadis warganegara Itali yang sebelum ini merupakan seorang atheist.
Baru-baru ini, seorang penuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bernama Giovanna Wolswijk telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Syahadah di universiti terbabit
Dia telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 18 Jun 2019 tepat jam 5.20 pm sambil disaksikan oleh pensyarah, teman-teman serta jemaah Masjid.
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Giovanna yang merupakan penuntutIjazah Sarjana (Master) di Instutut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) di UMT itu menyatakan dia mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan Al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT, sekali gus membuka hati saya mendalami Islam," katanya kepada Harian Metro.
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Menurut gadis berusia 24 tahun itu lagi, dia mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan-rakan yang lain selain belajar untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum benar-benar melafazkan kalimah berkenaan.
Tambah gadis itu lagi, proses pengislamannya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sejak dia mengutarakan hasratnya untuk memeluk Islam
Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” ujarnya.
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Image via Facebook Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Pada masa yang sama, Pengarah PISM, Dr Riswadi Azmi berkata, PISM UMT akan memberi tumpuan kepada saudara baru dengan sumbangan awal zakat bernilai RM1,000 dan sumbangan zakat berterusan setiap semester bernilai RM700 sehingga tamat pengajian.
Bukan itu sahaja, PISM turut melantik pegawai angkat kepada Giovanna untuk bimbingan berterusan dan mengadakan kelas ‘Sharing Islam Class’ yang diadakan setiap minggu di PISM, UMT
“Kami membuka seluasnya ruang dan peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk mengenali dan mendalami Islam sebenar dengan mengunjungi PISM dan sedia membantu sekiranya memerlukan bantuan dan penjelasan mengenai Islam,” katanya.
Alhamdulillah.
Sama-sama kita mendoakan agar Giovanna istiqamah dan sentiasa dipermudahkan urusan atas jalan yang mulia ini.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment