Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tiada Cuti Gantian Susulan Pertindihan Hari Malaysia & Maulidur Rasul 16 September Ini

17 September tidak akan menjadi cuti umum.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, 16 September 2024 merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul

Walau bagaimanapun, tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, 17 September 2024.

Hal ini kerana, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

Image via Kabinet.gov.my

Namun begitu, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am, sekiranya perlu.

Ramai netizen berpendapat bahawa syarikat yang menyambut Maulidur Rasul sebagai cuti umum perlu memberikan pekerja mereka cuti gantian pada 17 September mengikut Seksyen 60D Akta Kerja 1955

Setiap pekerja berhak mendapat cuti bergaji dengan kadar gaji biasa pada 11 hari kelepasan am yang diwartakan, lima daripadanya adalah wajib. Ini termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Raja Negeri atau Yang di-Pertua Negeri, atau Hari Wilayah Persekutuan jika bekerja di Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia.

Pekerja juga berhak mendapat cuti tambahan yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi tahun tersebut di bawah seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Selain itu, akta itu menyatakan bahawa jika mana-mana cuti umum ini jatuh pada hari rehat atau hari kelepasan am lain, hari bekerja berikutnya akan menjadi cuti berbayar.

Image via Ministry of Human Resources

Image via Ministry of Human Resources

Jadual Pertama dalam Akta Hari Kelepasan 1951 menyenaraikan hari Maulidur Rasul dan Hari Malaysia sebagai hari kelepasan am.

Image via Ministry of Human Resources

Apa-apa pun, lebih baik anda semak dengan pegawai HR masing-masing untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa memohon cuti nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment