seismik

7 Perkampungan Olimpik Di Seluruh Dunia Yang Anda Boleh Lawati, Cantik & Bersejarah!

Dari Korea ke Kanada, semua tempat cantik-cantik tau!

Cover image via @shorty_thewanderer (Instagram) & @teresact723 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bahang temasya Olimpik Paris 2024 semakin terasa, sudah tentu rakyat di seluruh dunia tidak sabar menunggu para kontinjen membawa pulang emas untuk negara masing-masing

Sempena Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada esok, 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024 nanti, kami kongsikan 7 negara yang pernah menjadi tuan rumah bagi sukan olimpik sebelum ini.

Perkampungan olimpik ialah tempat semua pemain tinggal dan berehat di antara permainan sepanjang temasya dijalankan.

Apa yang menariknya, kesemua perkampungan olimpik ini boleh dilawati jika anda berkunjung ke negara mereka. Bolehlah jadikan sebagai kenangan manis kan?

1. Seoul, South Korea

Korea Selatan tidak pernah gagal untuk menarik perhatian pengunjungnya. Tidak kiralah sama ada muzik, drama, penjagaan kulit atau makanan di sana. Perkampungan Olimpik yang terletak di ibu kota negara itu, Seoul menampilkan 'Pintu Keamanan' yang mempunyai logo Olimpik.

Di dalamnya terdapat beberapa taman rekreasi, hutan mesra alam, stadium moden, padang berumput, dan lebih 200 arca seni untuk dipamerkan kepada para pengunjung.

2. Vancouver, Kanada

Vancouver menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2010 dan sejak itu, bandar di Kanada itu telah menjadi destinasi pelancongan popular yang suka dikunjungi pelancong. Pelancong boleh melawat Taman Olimpik di sana dan melihat bagaimana temasya itu dijalankan.

Anda boleh bersiar-siar di seluruh Taman Olimpik atau menaiki kayak sambil melihat pemandangan yang indah, seni bina yang menarik dan karya seni asli yang dipamerkan di sana.

3. Athens, Greece

Athens menjadi tuan rumah Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896. Sehingga hari ini, obor Olimpik dinyalakan setiap tahun keempat di Stadium Panathenaic untuk mengingati sejarahnya sebelum dibawa ke bandar tuan rumah baharu.

Perkampungan Olimpik di sana juga dibuka untuk pelancong, di mana anda boleh berjalan melalui Velodrom Olimpik di Kompleks Sukan Olimpik dan melihat stadium yang mempunyai 50,000 tempat duduk. Malah, ia juga merupakan satu-satunya arena yang diperbuat sepenuhnya daripada marmar.

4. Berlin, Jerman

Sukan Olimpik 1936 berlangsung di Berlin, Jerman, di mana kira-kira 400 atlet telah menjadi tuan rumah di 'Perkampungan Olimpik Hitler'. Tempat itu mempunyai hospital, kira-kira 140 bangunan kediaman, dapur, dewan sukan, dan kolam renang. Selepas Olimpik, ia dikatakan telah digunakan oleh tentera.

Kini, pelancong boleh melawat perkampungan itu dengan menempah lebih awal dan merasai bagaimana Olimpik itu dijalankan pada zaman dahulu.

5. New York, USA

Perkampungan Olimpik di Tasik Placid, New York telah menganjurkan dua Sukan Musim Sejuk pada tahun 1936 dan 1980. Perkampungan itu juga menandakan kali pertama podium kemenangan digunakan dan juga merupakan satu daripada tiga tempat yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Hari ini, tempat ini menempatkan memorabilia dan gambar-gambar daripada permainan yang boleh anda lawati.

6. Beijing, China

Image via googleapis.com

Perkampungan Olimpik di Beijing menampilkan 10 tempat pertandingan dan tujuh lagi tempat bukan pertandingan. Kampung ini menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Paralimpik.

Antara tarikan utama di sini ialah Birds Nest Stadium yang telah diubah suai sepenuhnya untuk Olimpik dengan struktur keluli seperti sangkar. Ini sekali gus menjadikan ia tempat pelancongan di bandar. Anda juga boleh melihat sunset kerana pencahayaan menjadikan pemandangan yang menakjubkan di sana.

7. Barcelona, Sepanyol

Barcelona adalah tempat yang dikunjungi ramai untuk beriadah. Sukan Olimpik Musim Panas 1992 telah mengubah bandar kecil itu dari segi seni bina dan banyak lagi. Ia dibina di pinggir laut di Pelabuhan Olimpik Marina.

Perkampungan Olimpik Barcelona merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling ramai lawati. Selain itu, Menara Berkembar Barcelona yang juga dibina semasa Olimpik adalah tarikan utama sehingga kini.

Tak sabar nak tengok Olimpik Paris 2024 pula. Mesti cantik kan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: