seismik

Kenali Poh Yu Tian, Pencatur Termuda Negara Yang Dinobat Sebagai 'International Master'

Powerlah!

Cover image via BERNAMA & Focus Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain catur muda dari Pulau Pinang, Poh Yu Tian diberi gelaran International Master (IM) selepas memperoleh rating 2,429 dalam Kejohanan Catur Remaja Asia Timur (EAYCC) Ke-8 baru-baru ini

Menurut laporan BERNAMA, Poh yang berusia 15 tahun itu menunjukkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat).

Poh menjadi penerima pertama trofi Piala PMX yang disampaikan oleh anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha pada acara penutupan kejohanan. 

Difahamkan, Poh menunjukkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia dan berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka.

Image via BERNAMA

Turut menjadi juara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat)

Selain Poh, pemain Malaysia di bawah Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) yang turut berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam kejohanan itu ialah Ainul Mardhiah Afif (Women FIDE Master WFM) pemenang kategori bawah 14 tahun perempuan.

Manakala, Kavin Mohan, Chess Master (CM) menang tempat kedua kategori bawah 14 tahun terbuka, Chow Yi Chen dan Yap Ray Jin turut memperoleh gelaran CM selepas masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga kategori bawah 10 tahun terbuka.

Image via BERNAMA

Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA), See Swee Sie berkata Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah kejohanan kali ini untuk tujuan mencungkil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan pemain Malaysia

Pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat kedua keseluruhan kejohanan selepas memungut dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Johan menjadi milik pasukan dari China dengan memperoleh lima emas, tiga perak dan lima gangsa. Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Vietnam dengan memperoleh dua emas dan dua perak.

Sementara itu, bapa kepada Poh iaitu Poh Leong Pat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih anaknya sebagai penerima Piala PMX.

You may be interested in: