Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tiada Lagi Larangan & Sekatan Terhadap Zakir Naik Di Malaysia - Kementerian Dalam Negeri

Difahamkan, pendakwah bebas itu telah dikenakan larangan untuk berucap di Malaysia pada tahun 2019.

Cover image via Harian Metro NST

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan tiada lagi larangan dikenakan terhadap Zakir Naik ketika ini

Menerusi laporan Harian Metro, Saifuddin menjawab persoalan RSN Rayer berkaitan larangan terhadap pendakwah bebas dari India, Zakir Naik.

Menurut Saifuddin, dia telah meneliti semula larangan tersebut dan mengatakan ianya tidak lagi berkuat kuasa pada masa ini.

"Untuk itu saya semak kembali waktu sekarang, sekarang tidak ada lagi larangan itu sebab ia merujuk hanya kepada tempoh siasatan terhadap dua kenyataan yang pernah dia keluarkan dalam ucapannya sebelum ini," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Image via The Sun

Larangan tersebut dilakukan pada 2019 susulan siasatan polis terhadap Zakir Naik membabitkan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum

Menurutnya, larangan yang dikenakan itu adalah pada tahun 2019 di mana terdapat dakwaan ucapan pendakwah bebas tersebut telah menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

"Saya difahamkan larangan ketika itu dibuat susulan siasatan yang sedang dilakukan sebab beliau mengeluarkan ucapan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

"Mengikut rekod yang ada, dua perkara disebut beliau di Kota Bharu dan Perlis menyentuh sensitiviti kaum. Namun kini larangan itu tiada lagi," katanya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment