Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tiada Lagi Pegawai JPJ Berada Di Sebelah Ketika Ujian Memandu - Menteri Pengangkutan

Prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera.

Cover image via LNA Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pengangkutan melancarkan projek perintis sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau 'eTesting' hari ini

Ia bertujuan untuk membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.

"Bagi penggunaan sistem terbabit, institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon memilih menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.

"Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

"Bagaimanapun, buat permulaan calon diberi pilihan untuk menjalani ujian manual atau eTesting," katanya kepada sumber.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Motoqar

Sistem baru yang lebih memudahkan proses auditan

Projek perintis eTesting dimulakan di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor, Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang.


Beliau berkata, pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada iaitu kira-kira 150 calon pada satu hari.

Tambah beliau, jumlah pegawai penilai JPJ yang bertugas di satu institut memandu juga boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.

Katanya, sistem itu dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.

"Kita mengalakkan semua institut memandu untuk menawarkan ujian memandu berasaskan eTesting. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada institut memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah eTesting.

"Institut memandu boleh memilih penyedia perkhidmatan eTesting yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Projek eTesting iaitu Syarikat Uji Bestari Sdn Bhd; Syarikat TBS Solutions Sdn Bhd dan KOPIMA Technology Sdn Bhd," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga lagi penyedia perkhidmatan eTesting masih dalam fasa penilaian dan akan diumumkan kemudian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment